Sunday 24 April 2011

PROGRAM SEBUAH RUMAH SEORANG GRADUAN


7 - 9 APRIL - Baru-baru ini telah diadakan satu program yang telah dianjurkan oleh Pusat Kaunseling UMT dengan kerjasama DUN Seberang Takir, Terengganu iaitu program Sebuah Rumah Seorang Graduan. Program yang diadakan ini telah disertai oleh beberapa kelab dan persatuan di UMT termasuklah kelab PEMADAM UMT. Antara kelab dan persatuan lain yang turut menyertai program ini adalah kelab PRS, DEMI, PERSADA dan pelajar-pelajar kaunseling. Peserta-peserta yang menyertai program ini telah memperoleh keluarga angkat sekitar Kg. Tok Jembal dan juga Kg. Kubang Badak. Program selama 3 hari 2 malam ini menyediakan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi jalinan ukhuwah antara mereka. Jom kita saksikan disebalik lensa gelagat sepanjang program ini berlangsung.


******************************************************************************************

22 APRIL - Program susulan daripada program Sebuah Rumah Seorang Graduan terus diadakan pada hari jumaat, 22 april lalu. Program susulan ini merangkumi program kecemerlangan pelajar yang terdiri daripada adik-adik angkat dan juga motivasi kepada ibu bapa angkat masing-masing. Program yang berlangsung pada sesi sebelah pagi ini memberi pelbagai input yang berguna selain mengeratkan lagi jalinan kekeluargaan yang terbina. Jom kita tengok disebalik lensa ragam mereka sepanjang pagi itu.




-BAHAGIA SOKMO-

No comments:

Post a Comment