Monday 25 March 2013

SEJARAH PENUBUHAN PEMADAM KEBANGSAAN

PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia adalah Penaung PEMADAM dan beliau yang akan melantik Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan.

Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan :

i. YB Dato' Athi Nahapan - telah dilantik menjadi Yang Dipertua Pertama Mac 1976 - Mei 1976

ii. YB Dato' Rais Yatim telah dilantik sebagai Yang DiPertua Kedua pada Jun 1976 - Mei 1987.

iii.YB Tan Sri Dato' Seri Megat Junid bin Megat Ayob telah dilantik menjadi Yang DiPertua Ketiga pada 9 Jun 1987 - November 1999.

iv. YB Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Zin telah dilantik sebagai Yang DiPertua PEMADAM Keempat pada 16 Disember 1999 - Oktober 2006.

v. YB Dato' Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah dilantik sebagai Yang DiPertua PEMADAM Kelima pada 1 November 2007 sehingga kini.

PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan pelaksanaan program dan aktivitinya, biro - biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan yang bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di peringkat negeri, daerah dan unit.

Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan penyebaran maklumat mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini, PEMADAM memberi fokus kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai kursus, seminar, bengkel diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan.

Thursday 21 February 2013

KESAN GANJA


      Menghisap ganja mengubah persepi masa dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka pendek koordinasi.Perasaan high berlarutan di antara 2-3 jam selepas menghisap sebatang rokok ganja.THC(merupakan bahan psikoaktif utama) dalam dos yang tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi. 

      Satu reaksi daripada penggunaan ganja ialah reaksi cemas yang datang dengan tiba-tiba.Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok ganja.Penghisap menjadi cemas,bimbang dan syak sehingga berasa dirinya tidak terkawal lagi.

      Ganja mempengaruhi seseorang itu secara fizikal dan psikologikal dengan begitu halus sehingga tidak disedari oleh pengguna.Kerosakkan/bahaya psikologikal hanya dapat dilihat orang lain dan ketara kepada pengguna apabila sudah terlambat.

      Tiada sesiapa pun yang dapat membuktikan bahawa penghisap ganja dengan dos yang besar boleh mendatangkan maut walaupun ada laporan mengenainya. Setakat ini,tidak ramai doktor yang boleh menentukan bahawa sesuatu kematian adalah disebabkan oleh ganja.Hakikat bahawa kematian kerana ganja tidak berlaku sejurus selepas menghisap bahan ini,tidak bermakna bahawa ia tidak boleh berlaku.