Saturday 31 December 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Barisan Kepimpinan Kelab PEMADAM UMT 
mengucapkan
"Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester"
bagi sesi September 2011/2012
kepada semua pelajar
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


Monday 28 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H


Barisan Kepimpinan KELAB PEMADAM UMT mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H kepada semua warga UMT terutamanya dan seluruh umat Islam dimana jua anda berada. "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

Friday 18 November 2011

HARI KELUARGA KELAB PEMADAM UMT 2011


KELAB PEMADAM UMT mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada jawatankuasa pelaksana program Hari Keluarga Kelab PEMADAM UMT 2011 kerana telah berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Terima juga diucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat dan memberi sepenuh kerjasama semasa menjalankan aktiviti dalam program ini. Semoga dengan adanya program sebegini mampu untuk mengukuhkan lagi ukhuwah dan silaturrahim antara majlis tertinggi dan exco-exco Kelab PEMADAM UMT dengan ahli-ahlinya.

Family Day 2011 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Family Day 2011 Slideshow Slideshow ★ to Terengganu. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Monday 14 November 2011

MEMO HARI KELUARGA PEMADAM UMT 2011

Ayuh!!!! Hilangkan Stress Anda . Masih Belum Terlambat . Daftar Sekarang dan Join Family Day Kami .



Pendaftaran boleh dilakukan SETIAP HARI sehingga 17 November 2011 bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam di Kafe Syeikh Abdul Malik (Kafe Baru), Kolej Penginapan Pelajar, UMT. Terima Kasih.

"HIDUP CERIA TANPA DADAH"

Monday 7 November 2011

SALAM AIDILADHA 1432H


Majlis & Exco-exco Tertinggi Kelab PEMADAM UMT mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H kepada seluruh umat Islam. Hayatilah erti pengorbanan sebenar dalam hidup kita.

"MAHASISWA BEBAS DADAH"

Sunday 30 October 2011

PROGRAM CAHAYA KASIH (SMK SULTAN AHMAD)

Pada 29 Oktober 2011 (Sabtu), Kelab Pemadam UMT dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Kuala Terengganu telah mengadakan Program Cahaya Kasih kepada pelajar-pelajar tingkatan 2 sekolah terbabit. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah sesi LDK dan juga Ceramah daripada pihak AADK. 


. JOM TENGOK SECEBIS KENANGAN CAHAYA KASIH .

..ni ucapan alu-aluan dari Saudara Pengerusi Majlis..
"cakap apa tu bang ??? ..hehe"


..bagi mendapat keberkatan Illahi, majlis diteruskan dengan bacaan dOa..
.. semoga program ini berjalan dengan lancar ..


..time untuk Pengarah Program pegang mikrofon..
- Cik Rupahshinee -


..Latihan Dalam Kumpulan (LDK)..
bersama abang2 dan kakak2 fasilitator


..serius..
dengar ceramah daripada pihak AADK


..sebelum balik..
.. ambil gambar ramai-ramai dulu ..
~PIECE~


SEMOGA PROGRAM CAHAYA KASIH MEMBERI PENUH MANFAAT KEPADA SEMUA

"MAHASISWA BEBAS DADAH"

Wednesday 7 September 2011

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Barisan Kepimpinan Kelab PEMADAM UMT mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH & SELAMAT DATANG kepada pelajar-pelajar baru sesi 2011/2012 ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta sangat mengalu-alukan kehadiran kalian untuk menjadi ahli Kelab PEMADAM UMT.

Kelab PEMADAM Universiti Malaysia Terengganu merupakan sebuah kelab bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi membantu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia membasmi najis dadah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi  di Malaysia.

Bersandarkan pada moto "Mahasiswa Bebas Dadah" diharapkan kelab ini dapat menjalankan aktiviti dengan jayanya disamping dapat menyampaikan mesej kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup sihat tanpa dadah.

Sokongan mahasiswa dan mahasiswi sekalian menyokong Kelab PEMADAM Universiti Malaysia Terengganu amat kami hargai.

Jadilah sebahagian daripada ahli keluarga kami. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

p/s: untuk sebarang pertanyaan bolehlah pergi ke group facebook Kelab PEMADAM UMT sepertimana yang terdapat dalam blog ini. Terima kasih.

Monday 23 May 2011

KONVENSYEN KELAB PEMADAM IPT 2011


Seramai 700 mahasiswa dari 19 institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk politeknik dan kolej komuniti di negara ini 'berkampung' di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selama dua hari sempena Konvensyen Kelab Pemadam IPT 2011 baru-baru ini. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Tajudin Ninggal berkata, program julung kali itu sangat penting khususnya dalam menyokong agenda pembangunan modal insan negara. Beliau berkata, program anjuran bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) juga selari dengan Pelan Transformasi Pembangunan Mahasiswa UTM yang bersifat holistik. Sambung baca...






Sunday 24 April 2011

PROGRAM SEBUAH RUMAH SEORANG GRADUAN


7 - 9 APRIL - Baru-baru ini telah diadakan satu program yang telah dianjurkan oleh Pusat Kaunseling UMT dengan kerjasama DUN Seberang Takir, Terengganu iaitu program Sebuah Rumah Seorang Graduan. Program yang diadakan ini telah disertai oleh beberapa kelab dan persatuan di UMT termasuklah kelab PEMADAM UMT. Antara kelab dan persatuan lain yang turut menyertai program ini adalah kelab PRS, DEMI, PERSADA dan pelajar-pelajar kaunseling. Peserta-peserta yang menyertai program ini telah memperoleh keluarga angkat sekitar Kg. Tok Jembal dan juga Kg. Kubang Badak. Program selama 3 hari 2 malam ini menyediakan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi jalinan ukhuwah antara mereka. Jom kita saksikan disebalik lensa gelagat sepanjang program ini berlangsung.


******************************************************************************************

22 APRIL - Program susulan daripada program Sebuah Rumah Seorang Graduan terus diadakan pada hari jumaat, 22 april lalu. Program susulan ini merangkumi program kecemerlangan pelajar yang terdiri daripada adik-adik angkat dan juga motivasi kepada ibu bapa angkat masing-masing. Program yang berlangsung pada sesi sebelah pagi ini memberi pelbagai input yang berguna selain mengeratkan lagi jalinan kekeluargaan yang terbina. Jom kita tengok disebalik lensa ragam mereka sepanjang pagi itu.




-BAHAGIA SOKMO-

Tuesday 5 April 2011

MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO PEMADAM UMT


MAJLIS TERTINGGI KELAB PEMADAM UMT
SESI 2011 / 2012


NOOR ZAHIRA BINTI ABDUL RAHMAN
PRESIDEN
|
MUHAMMAD AFIQ BIN SAHIDI
TIMBALAN PRESIDEN
|
RUPAHSHINEE A/P ELANGOVAN
NAIB PRESIDEN 1
|
AHMAD SHAFIQ BIN KHARUDDIN
NAIB PRESIDEN 2
|
SITI AMIRA BINTI MOHD SHUKERI
SETIAUSAHA
|
NORJULIANA BINTI IBRAHIM
TIMBALAN SETIAUSAHA
|
SHARIFAH NURUL KHALILAH BINTI SYED ABDULLAH
BENDAHARI

EXCO-EXCO TERTINGGI KELAB PEMADAM UMT
SESI 2011 / 2012

NOR HAFIZAH BINTI MD HUSIN
EXCO AKADEMIK

MOHAMAD ANWARUDDIN BIN MAMAT @ MD RAHIM
EXCO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA

HAZIRAH ADILIN BINTI HISMAT AWANG
EXCO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA

 NUUR KHAULAH BINTI KHALIB
EXCO KEBAJIKAN DAN KEROHANIAN

 NORYATIMAH BINTI MD NOR ADAM
EXCO SUKAN DAN REKREASI

KHUZAIMAH BINTI MUSTAPA
EXCO KEUSAHAWANAN

FATIN NASUHA BINTI JAAFAR
EXCO KEUSAHAWANAN

NUR NASIHA BINTI ABD MALEK
EXCO PAMERAN DAN CERAMAH

SITI RABEAH BINTI FADZIL
EXCO PAMERAN DAN CERAMAH

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS & AMANAH
SEMOGA KELAB PEMADAM UMT TERUS CEMERLANG

Saturday 2 April 2011

PENDAFTARAN AHLI BARU KELAB PEMADAM UMT


Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menjadi Ahli Kelab PEMADAM UMT. Pendaftaran terbuka kepada pelajar UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU sahaja. Untuk mendaftar, sila isikan kesemua maklumat-maklumat yang diperlukan dibawah dengan menggunakan HURUF BESAR dan pastikan maklumat yang diberikan adalah TEPAT dan BENAR. Kemudian, sila tekan SUBMIT FORM untuk menghantar permohonan ahli anda. Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan akan difailkan ke dalam Fail Kelab PEMADAM UMT. Sekiranya pihak kami mendapati maklumat yang diberikan adalah PALSU, maka segala permohonan ahli baru anda akan DIBATALKAN. Terima Kasih dan Selamat Datang ke KELAB PEMADAM UMT.



Name:


Matric Number:


Programme:


Email Address:


Phone number:





Create a web form here


MAHASISWA BEBAS DADAH