Wednesday 7 September 2011

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Barisan Kepimpinan Kelab PEMADAM UMT mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH & SELAMAT DATANG kepada pelajar-pelajar baru sesi 2011/2012 ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta sangat mengalu-alukan kehadiran kalian untuk menjadi ahli Kelab PEMADAM UMT.

Kelab PEMADAM Universiti Malaysia Terengganu merupakan sebuah kelab bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi membantu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia membasmi najis dadah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi  di Malaysia.

Bersandarkan pada moto "Mahasiswa Bebas Dadah" diharapkan kelab ini dapat menjalankan aktiviti dengan jayanya disamping dapat menyampaikan mesej kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup sihat tanpa dadah.

Sokongan mahasiswa dan mahasiswi sekalian menyokong Kelab PEMADAM Universiti Malaysia Terengganu amat kami hargai.

Jadilah sebahagian daripada ahli keluarga kami. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

p/s: untuk sebarang pertanyaan bolehlah pergi ke group facebook Kelab PEMADAM UMT sepertimana yang terdapat dalam blog ini. Terima kasih.