Monday 25 March 2013

SEJARAH PENUBUHAN PEMADAM KEBANGSAAN

PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia adalah Penaung PEMADAM dan beliau yang akan melantik Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan.

Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan :

i. YB Dato' Athi Nahapan - telah dilantik menjadi Yang Dipertua Pertama Mac 1976 - Mei 1976

ii. YB Dato' Rais Yatim telah dilantik sebagai Yang DiPertua Kedua pada Jun 1976 - Mei 1987.

iii.YB Tan Sri Dato' Seri Megat Junid bin Megat Ayob telah dilantik menjadi Yang DiPertua Ketiga pada 9 Jun 1987 - November 1999.

iv. YB Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Zin telah dilantik sebagai Yang DiPertua PEMADAM Keempat pada 16 Disember 1999 - Oktober 2006.

v. YB Dato' Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah dilantik sebagai Yang DiPertua PEMADAM Kelima pada 1 November 2007 sehingga kini.

PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan pelaksanaan program dan aktivitinya, biro - biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan yang bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di peringkat negeri, daerah dan unit.

Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan penyebaran maklumat mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini, PEMADAM memberi fokus kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai kursus, seminar, bengkel diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan.

Thursday 21 February 2013

KESAN GANJA


      Menghisap ganja mengubah persepi masa dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka pendek koordinasi.Perasaan high berlarutan di antara 2-3 jam selepas menghisap sebatang rokok ganja.THC(merupakan bahan psikoaktif utama) dalam dos yang tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi. 

      Satu reaksi daripada penggunaan ganja ialah reaksi cemas yang datang dengan tiba-tiba.Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok ganja.Penghisap menjadi cemas,bimbang dan syak sehingga berasa dirinya tidak terkawal lagi.

      Ganja mempengaruhi seseorang itu secara fizikal dan psikologikal dengan begitu halus sehingga tidak disedari oleh pengguna.Kerosakkan/bahaya psikologikal hanya dapat dilihat orang lain dan ketara kepada pengguna apabila sudah terlambat.

      Tiada sesiapa pun yang dapat membuktikan bahawa penghisap ganja dengan dos yang besar boleh mendatangkan maut walaupun ada laporan mengenainya. Setakat ini,tidak ramai doktor yang boleh menentukan bahawa sesuatu kematian adalah disebabkan oleh ganja.Hakikat bahawa kematian kerana ganja tidak berlaku sejurus selepas menghisap bahan ini,tidak bermakna bahawa ia tidak boleh berlaku.

Sunday 23 December 2012

Lawatan Ilmiah ke UTM


Lawatan Ilmiah ini julung kali di jalankan oleh Kelab PEMADAM UMT. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara PEMADAM UMT dan PEMADAM UTM. Selain itu, lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan input-input yang baru untuk di gunakan oleh PEMADAM UMT. Sudah terlanjur ke johor, bak kata orang "sambil menyelam minum air" sudah alang-alang kami adakan lawatan ke UTM kami memanjangkan lagi langkah kami masuk ke Singapura.

Lawatan telah di sertai oleh seramai 36 ahli kelab PEMADAM yang terdiri daripada pelajar tahun 1, 2 dan 3. Majoriti yang menyertai program ini adalah pelajar dari jurusan Sarjana Muda Kaunseling. Program ini telah di iringi oleh Encik Affandy selaku penyelaras kelab PEMADAM UMT.


Jadual Program:

13/12/2012   
  • 9.30 malam    peserta berkumpul 
  • 10.15 malam  bertolak ke UTM,Skudai melalui Segamat, Johor

14/12/2012
  • 8.30 pagi      Tiba di Kolej Tun Razak, UTM
  • 11.00 pagi    Taklimat dari pihak PEMADAM UTM dan makan tengahhari.
  • 3.00 petang  Jelajah UTM(Melawat Taman Rusa, Pusat Equin UTM dan Stadium UTM)
  • 8.00 malam  Makan malam bersama PEMADAM UTM dan PEMADAM Kebangsaan.

15/12/2012
  • 7.30 pagi        Pergerakan ke Singapura.
  • 10.30 pagi      Jelajah Singapura menaiki MRT ke Bugis junction.
  • 4.30 petang    Melawat ke Pulau Sentosa
  • 8.00 malam     Pulang ke UTM,Skudai
  • 10.00 malam   Bertolak pulang ke UMT.





Tuesday 27 November 2012

Dadah - Faktor dan Kesan

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :
a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja).
b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
c) Cara penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.
d) Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih.
Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.
Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :
  • Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri
  • Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
  • Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
  • Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
  • Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  • Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
  • Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
  • Masalah dan tekanan rumah tangga
  • Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
  • Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
  • Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
  • Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.


Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :
1. Kesan Kepada Penagih
  • Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
  • Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
  • Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
  • Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
  • Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
2. Kesan Kepada Keluarga
  • Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
  • Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
  • Rumah tangga menjadi porak peranda.
  • Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
  • Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.
3. Kesan Kepada Masyarakat
  • Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
  • Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
  • Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.
4. Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.